Wednesday, December 14, 2011

Fakta Facebook


Assalamualaikum and morning all , okay kali ini ayat mesti kena ada "pembuka kata" baru ler bahasa nampak cantik . Rasa post-post yg sebelum ni agak tak "cantik" ler jugak ayat dia , HAHA tp apa boleh buat setiap insan di muka ini tetap akan melakukan kesilapan tidak kira lar sebesar mana sekali pon .

Tapi kan bukan itu yg nk diceritakan kat sini , sebenarnya entry kali ni pasal Facebook yg sekarang ni dah famous kat mata dunia , err dunia ada mata ke ? actually kat mata masyarakat dunia , kenapa ada ke masyarakat yg lain ke dekat planet lain ? What the udang ijad ! jgn banyak tanya lar sat lagi ada jugak keluar kat wall facebook "budak ni bengong betul , mcm tak pergi sekolah je" HAHA betul tak ? okay tipu kalau cakap tak . tipu . tipu . Fakta beb benda ni , sekarang apa jadi kat sekeliling bukan keluar kat newspaper dulu tp facebook . Hebat facebook ! serba boleh kau ye .

Itu yang pertama yang kedua , haa jap yg kedua apa ke dia tadi ? apa dia eh ? okay , igt dah pasal "like button" , "smiley" , "ohh" , "haha" , "..."(dotdotdot = tiada respon) . okay korang tau tak apa yg sama maksud tersirat bagi benda ni semua ? benda ni semua menunjukkan seseorang tu dah malas nk layan korang or memang malas layan korang . Benda ni betul okay korang pun ada buatkan , kan , kan ? So kalau dah nampak ciri-ciri macam tu , pandai-pandai ler bawak diri buat apa tunggu , orang dah tak suka .

Ketiga pulak perkataan lazim bg facebook iaitu "HOT" . Actually masa tulis pasal hot ni pon hati gua dah hot gila babai . Apa kebenda lar hot ni , tapi kalau korang nk tahu benda ni bawak kemati lar weh . Sapa yg cakap tak bawak mati . Yes babeyh ! benda ni bawak kemati kalau dok kejar sbb dia akan continue kat neraka , kat situ lalagi lar hot . Pergh ! tak terkira hot dia mcm mcm tak boleh nk diexplainkan . HAHA .

Yang keempat pasal status yg korang update tu , kat wall saya dua tiga kali muka orang yg sama update status . Rasa mcm sikit pulak dua tiga kali tuh , bukan dua tiga kali sebenarnya tapi 1,2,3,4,5,6,7,8,9 kali dan keatas muka sama yg update status per minute okay per minute dah lar update banyak kali pastu banyak jugak yg like . Sebenarnya ada tiga perkara yg boleh buatkan status korang dapat banyak like iaitu korang like semua status orang lain yg ada kat wall korang then itu akan buat orang tu like balik tp tidak ikhlas tp perkara ni tak ada jaminan sgt kadang orang tu tak like balik pun HAHA , seterusnya gaya penulisan korang yg kena dgn citarasa pembaca bila dia baca dia terus rasa nk like , sbb takda button dislike kalau ada button dislike confirm dia dah dislike HAHA . Pastu , orang yg update status memang hot dan famous dia update mcm mana pon orang tetap like even smiley sekali even dia update noktah sekali pun , then sifat pembaca yg gemar dgn button like sbb mak dia mengandungkan dia kempunan button like haha tp okay lar  button like kalau mak dia kempunan button dislike ? sbb tu Mark Zuckerberg taknak buat button dislike risau ibu-ibu yg mengandung kempunankan nya . 

Okay fakta yg seterusnya akan disambung pada entry yg akan datang insyallah , ayat macam orang baca je entry kau . HAHA Rasa entry yg paling kelam kan kan ? eh alamak , kesah pulak Giant .

p/s : Giant bukan tempat beli barang tu , tp nama anjing sebelah rumah . Okay nanti kalau ada masa gua post entry pasal Giant . hakhakhak 

1 comment: