Tuesday, April 2, 2013

"Cari bila perlu"

Assalammualaikum, okay hari ini tiba tiba tergerak hati untuk menulis. Dah lama tak karang entri, biasalah sibuk memanjang. Like usually, most of my entry is informative, jadi untuk entri kali ini pun  adalah dalam kategori yang sama.

Sebagai manusia kita sering buat silap dan alpa, itu semua perkara biasa. Tak ada manusia yang boleh lepas daripada melakukan kesilapan sebab as human kita memang banyak kekurangan. Apa yang nak diketengahkan dalam entri ini adalah, hubungan manusia sesama manusia. Apa yang kita semua boleh lihat disekeliling kita sekarang ini? - Love affair.

Dalam perhubungan sering kali ada perpisahan, sekuat mana pun dipertahankan hubungan tu kalau ditakdirkan untuk berpisah maka kita terpaksa berpisah. Pada awalnya hanyalah keretakkan sebuah hubungan dan barulah melarat kepada perpisahan, dan itu semua berpunca dari kesilapan individu itu sendiri. 

"MOVE ON"
Perkara yang paling sukar untuk dilakukan bila terjadi perpisahan. Faktor utama kerana orang yang kita sayang tu dah sebati dengan hidup kita. Tapi ada juga disebabkan kita insaf dengan kesilapan yang kita lakukan di dalam hubungan maka kita berharap untuk diberi peluang sekali lagi oleh pasangan. Kadang ada juga disebabkan kita mahukan kepastian berlakunya perpisahan tersebut, ini berlaku apabila pasangan tiba tiba memutuskan hubungan tanpa ada sebab munasabah.

Banyak kebaikan jika kita mampu untuk move on ni. Perkara ini menunjukkan betapa kita ni kuat dan mampu bahagia tanpa bekas pasangan. Bila kita terus berharap pada bekas pasangan mereka tak akan mudah untuk menerima, sebab disitu mereka akan bermain dengan ego. Tapi bila kita move on, kalau dia masih dengan ego it's okay! kita dah pasti boleh bahagia tanpa dia. Tapi kemungkinan juga dia sendiri akan cari kita balik. Selagi kita anggap diri kita ini layak untuk bekas pasangan, move on adalah perkara yang terbaik untuk kita lakukan daripada kita berharap dan menunggu kepastian. Kita move on tak bermaksud kita ni tak bersungguh sungguh untuk dapat dia kembali tapi kita move on sebab dia sendiri, boleh dikatakan kita move on sebab kehendak dia!


Selagi kita pada yang benar, kita seharusnya buat perkara yang benar. Jangan korbankan maruah kita semata untuk berharap dan meraih simpati dari individu yang tak nampak nilai keikhlasan. Benda yang berharga untuk disimpan sukar dicari, biarkan mereka yang mencari selagi kita adalah benda yang berharga. Sebahagia manapun mereka dengan orang lain, kebahagiaan kita juga yang mampu meruntuhkan kebahagian mereka. Ingat!

Tuesday, January 8, 2013

Menginsafi Diri

Bismillahirrahmannirrahmim.. Assalammualaikum.

Alhamdulillah ke hadrat Illahi dengan segala limpah kurniaanNya pada hari ini iaitu 26 Safar 1434 Hijrah bersamaan dengan 9 Januari 2013 Masihi. Hari ini hati rasa tenang je dari pagi sampai ke waktu tengah menaip untuk entri ini. Kemudian akan sebak bila terkenangkan dosa-dosa lampau. Astaghfirullahalazim. Memang banyak dosa waktu dulu kalau nak diikutkan. Aku hanya mampu panjatkan doa memohon keampunan dengan apa yang aku dah buat.

Apa yang aku cari dalam hidup sekarang ni? Aku cari pengampunan Allah SWT, dan selepas ni kalau boleh aku tak nak tersilap langkah dan kembali kepada perbuatan aku yang dulu. Aku dah tak nak hidup bergelumang dengan dosa. Aku takut dengan janji janji Allah SWT kepada mereka yang lalai dan ingkar kepada perintahNya. Aku juga sekarang tengah mencari sahabat yang sama-sama boleh memperbaiki kekurangan diri antara satu sama lain. Sahabat yang boleh mengingatkan aku tentang akhirat.

Kalau kita nak berubah semuanya bermula dari diri kita sendiri juga. Iaitu dari hati dan niat kita, hanya kerana Allah SWT. Jangan fikir dengan apa orang nak cakap tentang diri kita, hiraukan semua tu. Sebab perkara yang kita nak buat ni adalah tanggungjawab dan kewajipan. Kalau tak tahu nak mulakan dari mana, kita mula dari bawah. Kita baca perkara perkara yang berkaitan dengan dakwah, sentiasa berdoa kepada Allah SWT agar diberi hidayah dan perubahan yang baik di dalam diri tak kiralah selepas solat ke atau bila bila pun, istighfar dengan penuh keikhlasan dan rendah diri, dan jauhi perkara-perkara negatif.

Bila dah selalu buat perkara-perkara macam tu, akan timbul satu perasaan dalam diri yang mana kita rasa perkara yang kita buat tu masih tak cukup. Okay disitu kita dah nampak perubahan dalam diri kita. Apa yang perlu kita buat ialah teruskan pula kepada perkara-perkara yang lain. Contohnya, kalau selama ni kita tak solat dengan sempurna maka buatlah dengan sempurna tapi biarlah mengikut kemampuan kita asalkan niat kita itu kerana Allah SWT. Amatlah disyorkan supaya meninggalkan perkara-perkara negatif yang kecil-kecil dan halus-halus terlebih dahulu. Contoh, percakapan harian kita kalau boleh elakkan dari keluarkan perkataan kesat, memanggil seseorang dengan bukan nama yang baik. Sebab perkara-perkara macam inilah yang paling bisa dan tak sedar sehingga kita terus amalkan dalam kehidupan seharian. Perkara-perkara ini seperti satu benteng yang menghalang kita untuk menimbulkan perkara baik dalam diri.

Langkah yang seterusnya ialah kena terus amalkan perkara-perkara ini. Jangan tinggalkan atau jangan abaikan dengan sengaja. Kita jangan bagi peluang langsung dekat Syaitan untuk hasut kita balik. Banyakkan beristghfar dan zikir. Ini adalah cara yang aku sendiri amalkan, sedikit sebanyak membantu untuk aku hijrahkan diri aku. Sebab sekarang ni aku dah boleh nampak macam mana kehidupan aku. Dulu aku ada kawan-kawan dan kebebasan hidup, terasa cukup dah dengan apa yang aku ada masa tu. Sekarang, bila dah jarang jumpa dan ibu bapa aku pun dah kawal sedikit kebebasan aku barulah rasa ada yang tak cukup dengan diri aku. Pada awal memang aku tak boleh terima apa yang dah jadi dengan kehidupan aku yang sedikit dikawal tapi bila dah sedar, semuanya aku rasa macam dah sebati dengan diri. Tapi aku tetap rindu dengan kawan-kawan aku semua. Aku juga berdoa untuk kebaikan dan kejayaan mereka. Semoga boleh sama-sama dengan mereka hidup di Syurga Allah SWT. Wallahualam. Assalammualaikum.

** "Sesungguhnya Allah, Dia lah yang Maha Pengampun (Penerima Taubat), lagi Maha Mengasihani." Al-Baqarah ayat 37.

* Segeralah berubah dan mencari bekalan untuk kemudian hari. Mati itu adalah pasti dan ianya tidak menunggu walau sedetik masa.

Sunday, January 6, 2013

Rindu

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalammualaikum.

Alhamdulillah masih dipanjangkan usia oleh Allah SWT untuk meneruskan hidup dan menjalani rutin harian yang tak seberapa ini. Bangun pagi-pagi buat solat Subuh dan berdoa, sebab disitulah permulaan bagi kejayaan di dunia dan di akhirat.

Hari ini mungkin tak ada entri yang istimewa sangat. Mungkin sekadar entri kosong untuk jari ini menaip dan sebagai exercise kepada jari ini dipagi hari. Kita mulakan entri ini dengan...

Sepulangannya aku dari masjid tadi selepas selesai solat Subuh, biasanya dekat kawasan kedai berhampiran dengan rumah aku itu akan ada budak-budak sekolah yang tunggu bas datang untuk ambil mereka. Aku lupa yang hari ini hari Isnin, jadi ramailah budak-budak sekolah yang ada dekat kawasan kedai tu. Kebetulan aku balik dari masjid aku lalu dekat kawasan kedai itu. Boleh tahan ramai juga budak-budak yang naik bas, sebab waktu zaman aku dulu hanya berapa orang je.

Teringat waktu sekolah dulu, kena bangun awal pagi semata-mata tak nak kena tinggal dengan bas. Kalau lambat jawapnya datang sekolah suruh abang yang hantar. Memang bas ini datang awal, pemandu dia Melayu tapi dia datang awal gila, aku tak tahu sama ada dia sembahyang ke tak. Dengan pemikiran yang positif aku anggap jelah dia sembahyang. Sebab aku sendiri pun tak sempat nak sembahyang, kalau sembahyang pasti aku kena kejar bas tu. Tak pasal pagi-pagi dah kena exercise dengan uniform sekolah.

Bila dah kerap berlaku kejadian sebegini aku mengambil keputusan sebulat suara untuk tidak menyertai kempen pilihan raya! Eh? Okay silap. Kita rewind balik..

Bila dah kerap berlaku kejadian sebegini aku mengambil keputusan untuk tidak menggunakan perkhidmatan bas tersebut. Aku bagitahu dekat ayah aku yang aku dah tak nak naik bas itu, ditambah dengan bukti-bukti yang aku katakan tadi. Keputusan telah dibuat dan aku dah tak naik lagi bas tu. Rasanya cukup sampai disini sahaja entri kali ini. Wallahualam. Assalammualaikum.

** Sekali kita meninggalkan solat Subuh, kita akan disiksa selama 30 tahun di dalam Neraka. Nauzubillahiminzalik.

* Sebagai manusia kita tak pernah lari dari membuat kesilapan. Kita memerlukan perubahan. Ingat jangan sekali-sekali kita minta perubahan ke atas kehidupan kita seperti mahukan kekayaan. Kita cuma boleh berdoa supaya Allah SWT jadikan kita kepada yang lebih baik seperti dari yang gemar melakukan kepada yang taat kepada Allah SWT. Wallahualam.