Dalam artikel tu tertulis tentang kesalahan ejaan dalam peribahasa Melayu . Seseorang yang telah mendapat kesan kesalahan ni ialah pemidato dari Brunei yang mendapat tempat naib johan pertandingan pidato tapi saya tak tahu bagi peringkat apa . Dia cakap peribahasa yang mempunyai kesalahan ejaan tu ialah "harapkan pagar , pagar makan padi" dan "bagai melepaskan batuk di tangga" .
Okay bagi peribahasa "harapkan pagar , pagar makan padi" kesalahan yang timbul disini ialah perkataan "pagar" dia cakap perkataan yang betul ialah "pegar" , mesti ramai yang tak tahu apa itu pegar kan . Pegar sejenis burung yang menjaga padi dari haiwan perosak , itu apa yang saya baca dari Kosmo ! dan saya fikir logik jugak sebab pagar memang tak makan padi dan lagi satu dekat sawah padi mana ada pagar tapi setelah saya kaji balik pasal burung pegar ni saya dapati burung ni memang makan padi . Jadi apa yang nak saya ketengahkan ialah kenapa peribahasa itu boleh wujud sedangkan spesies ini memang makan padi , kenapa nak harapkan burung ni untuk menjaga padi kalau makanan burung ni memang padi . Ataupun sebelum ni masyarakat dulu tak tahu tentang makanan burung ni , mungkin mereka ingat burung ni hanya makan haiwan-haiwan kecil . Kalau saya jadi burung ni pun saya akan makan padi sebab bila serangga dah settle dekat sawah padi dia nak makan apa ? Mesti lar dia nak cuba makan padi sebab nak rasa apa yang sedap sangat padi ni sampai haiwan kecil suka sangat makan jadi pada masa ni terkeluarnya peribahasa ini disebabkan nak "membalas jasa" burung ni yang telah menjaga padi , mereka cover perkataan pegar mereka tukarkan jadi pagar . Mungkin
Peribahasa yang kedua pulak tak ada lar seserius macam yang pertama tadi , okay peribahasa dia ialah "bagai melepaskan batuk ditangga" kesalahan ejaan disini ialah bagi perkataan "batuk" yang sebetulnya ialah "batok" okay batok ni bukan batuk tetapi sesuatu benda yang diperbuat dari tempurung kelapa untuk mencedok air di tempayan sebelum naik kerumah , kan rumah dulu kala ada tangga pastu tepi tu mereka akan letak air dalam tempayan jadi tempat untuk cedok air tu lar yang nama batok . Jadinya , mungkin orang dulu-dulu lepas guna batok tu mereka tak letak benda tu kat tempat asal balik tapi letak dekat tangga dan masa ni lar peribahasa ini muncul tiba .
Okay rasanya cukup lar sampai setakat ini sahaja saya menulis idea yang ada dalam kepala ni setelah selama beberapa hari tak post entry .
p/s : harap memaafkan segala kesalahan dalam menaip , saya hanya menulis dari segi pandangan saya .


No comments:
Post a Comment