Macam best je tajuk entry kali ni , tajuk je best tp entry tak tau best ke tak . Eleh ada teman kesah ? jgn nk byk bunyi nnti teman ronjang jugak , HAHA . Tapi kan korang tau tak apa maksud ronjang , eww malu nya pandai ckp tapi tak tahu maksud dia . Okay jgn igt saya tak tahu apa maksud ronjang , ronjang boleh dimaksudkan sbg merodok , menyucuk , menjolok dan yg sama erti dgn nya . Cukup lar buat apa banyak-banyak .
Okay cukup lar dgn perkenalan tadi , sebenarnya apa yg nk di type kan kat sini pasal kehidupan . Korang tau apa maksud kehidupan , dan korang tau apa yg ada dalam kehidupan ? Dalam kehidupan penuh dgn maksud sama ada tersurat mahupun tersirat . Tersurat tu lantak lar mungkin semua dah tahu , ke ada yg tak tahu ? Okay biar teman ceritakan , contoh nya korang pergi sekolah , korang pergi sekolah untuk apa ? mesti belajar kan ? Okay itu lar yg dikatakan tersurat . Macam mana dgn tersirat , itu korang huraikan lar dari yg tersurat tadi . Memang payah nk cari semua tersurat dan tersirat ni , dan dari perkara ni jugak lar korang akan dapat merungkai apa maksud kehidupan yg sebenarnya . Maka setiap perjalanan hidup korang akan lebih teratur , sempurna dan yg paling penting ialah diredhai Allah SWT .
Tengok lar itu baru maksud kehidupan di dunia , macam mana kalau kehidupan di akhirat ? itu kalau korang nk tau , kena lar kaji kitab suci Al-Quran . Dalam Al-Quran korang boleh lar dapat maksud yg tersurat tentang kehidupan selepas dunia ni , yg tersirat tunggu ler kita semua sama-sama menjalani kehidupan di sana . Bila kita akan jalani kehidupan di akhirat bukan lar persoalan , apa yg menjadi tunggak utama nya ialah cukup tak amalan nk bawa kat sana . Mesti lar ada maksud kan kenapa nk kena bawa amalan cukup-cukup , itu tak perlu lar kot nk bagitahu korang sendiri pun tahu kan . Kalau tak tahu tu , pergi lar kaji Al-Quran . Sedikit sebanyak korang akan dapat lar jugak :-) . Pergh ! agak panjang lar jugak entry kali ni .
Okay cukup lar setakat ini , semoga segala perjalanan hidup kita dapat dapat dirungkaikan maksudnya dgn sebaik mungkin , dan medapat petunjuk serta keredhaan Allah SWT dalam kehidupan . Sekian wassalam . :-)
p/s : pelik jugak entry kali ni , datang dari mana entah idea ni hehe . so sama-sama lar kita renung-renungkan


No comments:
Post a Comment