Bismillahirrahmannirrahmim.. Assalammualaikum.
Alhamdulillah ke hadrat Illahi dengan segala limpah kurniaanNya pada hari ini iaitu 26 Safar 1434 Hijrah bersamaan dengan 9 Januari 2013 Masihi. Hari ini hati rasa tenang je dari pagi sampai ke waktu tengah menaip untuk entri ini. Kemudian akan sebak bila terkenangkan dosa-dosa lampau. Astaghfirullahalazim. Memang banyak dosa waktu dulu kalau nak diikutkan. Aku hanya mampu panjatkan doa memohon keampunan dengan apa yang aku dah buat.
Apa yang aku cari dalam hidup sekarang ni? Aku cari pengampunan Allah SWT, dan selepas ni kalau boleh aku tak nak tersilap langkah dan kembali kepada perbuatan aku yang dulu. Aku dah tak nak hidup bergelumang dengan dosa. Aku takut dengan janji janji Allah SWT kepada mereka yang lalai dan ingkar kepada perintahNya. Aku juga sekarang tengah mencari sahabat yang sama-sama boleh memperbaiki kekurangan diri antara satu sama lain. Sahabat yang boleh mengingatkan aku tentang akhirat.
Kalau kita nak berubah semuanya bermula dari diri kita sendiri juga. Iaitu dari hati dan niat kita, hanya kerana Allah SWT. Jangan fikir dengan apa orang nak cakap tentang diri kita, hiraukan semua tu. Sebab perkara yang kita nak buat ni adalah tanggungjawab dan kewajipan. Kalau tak tahu nak mulakan dari mana, kita mula dari bawah. Kita baca perkara perkara yang berkaitan dengan dakwah, sentiasa berdoa kepada Allah SWT agar diberi hidayah dan perubahan yang baik di dalam diri tak kiralah selepas solat ke atau bila bila pun, istighfar dengan penuh keikhlasan dan rendah diri, dan jauhi perkara-perkara negatif.
Bila dah selalu buat perkara-perkara macam tu, akan timbul satu perasaan dalam diri yang mana kita rasa perkara yang kita buat tu masih tak cukup. Okay disitu kita dah nampak perubahan dalam diri kita. Apa yang perlu kita buat ialah teruskan pula kepada perkara-perkara yang lain. Contohnya, kalau selama ni kita tak solat dengan sempurna maka buatlah dengan sempurna tapi biarlah mengikut kemampuan kita asalkan niat kita itu kerana Allah SWT. Amatlah disyorkan supaya meninggalkan perkara-perkara negatif yang kecil-kecil dan halus-halus terlebih dahulu. Contoh, percakapan harian kita kalau boleh elakkan dari keluarkan perkataan kesat, memanggil seseorang dengan bukan nama yang baik. Sebab perkara-perkara macam inilah yang paling bisa dan tak sedar sehingga kita terus amalkan dalam kehidupan seharian. Perkara-perkara ini seperti satu benteng yang menghalang kita untuk menimbulkan perkara baik dalam diri.
Langkah yang seterusnya ialah kena terus amalkan perkara-perkara ini. Jangan tinggalkan atau jangan abaikan dengan sengaja. Kita jangan bagi peluang langsung dekat Syaitan untuk hasut kita balik. Banyakkan beristghfar dan zikir. Ini adalah cara yang aku sendiri amalkan, sedikit sebanyak membantu untuk aku hijrahkan diri aku. Sebab sekarang ni aku dah boleh nampak macam mana kehidupan aku. Dulu aku ada kawan-kawan dan kebebasan hidup, terasa cukup dah dengan apa yang aku ada masa tu. Sekarang, bila dah jarang jumpa dan ibu bapa aku pun dah kawal sedikit kebebasan aku barulah rasa ada yang tak cukup dengan diri aku. Pada awal memang aku tak boleh terima apa yang dah jadi dengan kehidupan aku yang sedikit dikawal tapi bila dah sedar, semuanya aku rasa macam dah sebati dengan diri. Tapi aku tetap rindu dengan kawan-kawan aku semua. Aku juga berdoa untuk kebaikan dan kejayaan mereka. Semoga boleh sama-sama dengan mereka hidup di Syurga Allah SWT. Wallahualam. Assalammualaikum.
** "Sesungguhnya Allah, Dia lah yang Maha Pengampun (Penerima Taubat), lagi Maha Mengasihani." Al-Baqarah ayat 37.
* Segeralah berubah dan mencari bekalan untuk kemudian hari. Mati itu adalah pasti dan ianya tidak menunggu walau sedetik masa.

No comments:
Post a Comment