Hari Pertama di Sekolah : English Teacher ( Woman )
Teacher : Okay , bila saya mengajar saya akan gunakan undang-undang saya sendiri .
Pelajar : Semua mengangguk dengan serentak .
Teacher : Undang-undang dia ialah bila saya mengajar jangan sesiapa yang buat bising atau bercakap ( ayat wajib bagi semua cikgu ) . Faham ?
Pelajar : Faham ! sambil menjawab dengan serentak .
Teacher : Kedua , kalau kamu nak minum air kamu mesti bagitahu dengan saya terlebih dahulu .
Okay part ni , part ni . Dia cakap kalau nak minum air kena bagitahu dia dulukan . Okay okay kita teruskan dengan hari yang seterusnya lebih kurang dah sebulan lebih .
Sebulan selepas itu di Sekolah : English Teacher ( Woman )
Semua pelajar sedang sibuk menyalin kerja yang diberi di papan hitam ( dulu pakai papan hitam ) tiba-tiba datang seorang pelajar kepada teacher ...
Pelajar : Teacher , boleh saya minum air ?
Pelajar : Teacher , boleh saya minum air ?
Teacher memandang dengan serius ke wajah pelajar dan berkata demikian ...
Teacher : Nak minum air pun nak tanya ke ?
Pelajar nak terus berlalu pergi tapi dipanggil oleh teacher kembali ...
Teacher : Hei ! mari sini .
Terus dia melepaskan sedas cubitan di lengan pelajar itu dengan tidak tahu apa akan tindak tanduk guru itu pelajar terus duduk di mejanya dengan wajah yang tak bersalah dan menangis teresak-esak .
See , apa salah budak tu kat sini ? memang tak salah , sebenarnya ada something yang nak diberi tahu . Segelintir cikgu kalau dema ada personal problem diorang akan lepaskan kat pelajar tau , saya bukan nak drop semua cikgu kat Malaysia tapi ini salah satu menjadi faktor cikgu kena aniaya dengan pelajar-pelajar sebab hukum pelajar tanpa sebab munasabah.Okay sambung , memang silap lar teacher ni buat budak tu menangis , esok pagi nya mak budak tu datang kat sekolah face to face dengan teacher tu . Cuak teacher tu , tahu dia cakap elok-elok . Serius masa kat sekolah dulu dia anti saya , saya and the gang pun anti dia haha . Tak tahu lar kenapa sampai sekarang cikgu English semua pakat saya anti , dan cikgu pun macam tu jugak . Tapi peristiwa ni memang tak boleh nak dilupakan sebab cikgu hukum pelajar tanpa sebab dan saya bercakap melalui pengalaman . Sebab saya ler yang jadi pelajar dalam peristiwa ni . Tapi saya dah maafkan Teacher tu , selepas incident tu dua hari saya absent sebab taknak bertemu mata dengan cikgu tu . haha


No comments:
Post a Comment