Friday, December 23, 2011

Dunia Remaja

Assalamualaikum , ehem entry kali ini pasal remaja . Okay entry kali ni pasal "kita-kita" yang handsome dan yang cantik ahha perasan , kalau ada makcik atau pakcik yang nak baca tu boleh tapi kena pergi pejabat pendaftaran dulu buat I.C baru yang umur muda , jangan lupa tau cover gigi yang dah rongak kalau tak nanti kantoi .

Okay , abaikan semua itu sebab entry ni semua boleh baca sebab semua pernah lalui dunia remaja . Siapa yang cakap tak pernah tu maybe err maybe dia koma kot dari dia lahir sampai ke tua . So dia dah terskip zaman remaja . Argh ! apa yang saya merepekkan ni , okay kita sambung . Kan kan ? semua pernah lalui zaman remajakan , ada yang cakap zaman remaja ni indah , zaman remaja ni ganas , zaman remaja ni kejam , zaman remaja ni gelap , dan macam-macam lagi lar . Tapi sebenarnya zaman remaja ini tetap zaman remaja , yang menjadi zaman remaja ni banyak pecahan adalah disebabkan oleh pengalaman seseorang remaja yang menempuhi zaman ini .

Ya , mungkin dikatakan zaman yang indah kerana majoriti individu yang sudah ke tahap menjadi seorang remaja akan mengalami satu pengalaman yang cukup bermakna dalam hidup mereka iaitu percintaan . Siapa yang tak setuju tu boleh dikatakan kanak-kanak lagi haha , seseorang remaja akan mencuba sesuatu yang baru dan yang paling pertama sekali ialah bercinta . Dan pada zaman ini remaja akan mendapat "cinta pertama" mereka yang padahal tidak lar seindah mana pun . Mungkin apa yang dikatakan indah adalah mereka merasa pengalaman bercinta yang pertama pada zaman ini .

Zaman remaja yang dikatakan ganas , mungkin pada usia remaja mereka telah melalui pengalaman yang cukup ganas dalam hidup mereka seperti pembunuhan , peperangan , pemberontakkan dan sebagainya . Manakala yang kejam pula mungkin mereka telah didera , dijual , diugut , diperkosa , dijadi bahan habuan dan macam lagi . Begitu juga dikatakan yang zaman remaja ni gelap , mungkin semasa melalui perjalanan hidup menjadi seorang remaja mereka telah menjadi orang yang melakukan jenayah , perkara yang tidak berfaedah , dan melakukan perkara yang tidak bermoral . Sebab itu lar zaman remaja ini banyak pecahan kerana pada zaman ini setiap remaja akan melalui pengalaman yang berbeza dan tidak menentu .

Okay bila tengok setiap perenggan yang ditaipkan , kenapa bila time exam tak banyak idea macam ni . Kadang-kadang rasa pelik jugak sebab bila nak tulis karangan time exam nak cari isi untuk setiap satu perenggan pun susah , tapi ni tak payah nak cari isi pegang je keyboard idea datang banyak sampai ada yang tertumpah , err yang tertumpah tu takpe lar mungkin takda rezeki nak luahkan kat sini haha . Err apa-apa pun ini lar remaja kan kan ? hihi

p/s : harap korang boleh hadam ler setiap satu perkataan dari entry kali ni ye , adios amigos :)

No comments:

Post a Comment