Monday, January 9, 2012

Adam dan Hawa

Sekadar Gambar Hiasan


Assalamualaikum , harap-harap kepada semua pembaca adalah dalam keadaan sihat sejahtera . Okay harini nak berbicara sedikit tentang zaman sekarang ni , zaman yang agak mundur dari segi akhlak tetapi maju dari segi teknologi . Semakin maju sesuatu teknologi semakin mundur sesuatu akhlak bangsa . Tak betul ke apa yang saya cakapkan , okay saya akan pilih satu contoh yang senang nak rujuk . Cuba lihat kepada Facebook , berapa banyak manusia ada akaun Facebook ? Terlalu banyak , boleh dikatakan 80% penduduk dunia .

Apa yang ada pada Facebook ? Pada Facebook terdapat satu sistem rangkaian dan perhubungan yang amat mudah dalam berkomunikasi dari jarak yang jauh dan mudah untuk menggunakannya serta menjimatkan kos penghantaran . Apa lagi perkara yang istimewa tentang Facebook ? Facebook adalah sebuah laman sosial yang paling terkenal di dunia . Namun Facebook juga telah muncul sebagai satu "kawasan" yang mampu menjatuhkan akhlak dan pemikiran seseorang individu . Facebook juga mampu menjadi "kawasan" politik , "kawasan" melepaskan geram , stress dan sama waktu dengannya .

Contoh yang sering kita semua lihat , pada status seorang insan yang bergelar wanita akan acap kali timbul perkara yang menjatuhkan insan yang bergelar lelaki . Contoh yang lain juga , kita sering melihat status insan yang bergelar lelaki akan cuba mempertahankan dan menafikan apa yang diperkatakan oleh seorang wanita . Dalam Islam perkara sebegini bukan satu cara akhlak yang baik , kita sebagai hamba Allah diatas muka bumi ini harus mempertahan antara satu sama lain bukannya menjatuhkan satu sama lain . Mahupun lelaki atau wanita kita adalah hamba-Nya yang diciptakan dari tanah , dari asal usul kejadian yang sama walaupun berlainan jantina . Hawa memang diciptakan dari tulang rusuk Adam tetapi apakah asal usul Adam ? Bukankan dari tanah , maka Hawa juga adalah dari tanah . Jadi , setiap apa yang keadaan yang memburukkan antara satu sama lain iaitu antara kaum Adam dan Hawa maka adalah sama dia memburukkan dirinya sendiri .

Sebab itu kita harus menjaga satu sama lain bukannya menindas , sebab itu para lelaki harus menjaga para wanita kerana mereka adalah dari rusuk kiri kita , yang mudah rapuh jika tidak dilindungi . Wanita ini seakan-seakan protege kepada lelaki , jadi lelaki yang harus mendidik , membantu dan melindungi mereka . Maruah insan yang bernama wanita adalah maruah insan yang bernama lelaki . Cukup sampai di sini saja , jika ada kelapangan saya akan membicarakan soal yang lain pula .

p/s : kenapa awal perenggan macam lari dari topik yang nak dibincangkan ?

No comments:

Post a Comment