![]() |
| Dari yang negatif kepada positif |
10 . .
9 . .
8 . .
7 . .
6 . .
5 . .
4 . .
3 . .
2 . .
1 . .
Okay hari ini tak nak cerita panjang sangat , maybe tentang kehidupan yang sekarang ni semakin menjadi yang berpunca dari sikap manusia yang entah apa apa. So harini kalau tengok dekat Facebook pun dah boleh tengok moral dan akhlak remaja yang teramat lar drop. Mereka tak rasa malu sedikit dengan menonjolkan sikap buruk mereka di khalayak ramai. Tapi apa kan daya untuk individu sudah lama mengetahui tentang perkara ni nak mengambil tindakan kerana semakin dilayan semakin menjadi. Buruk nya sikap manusia apabila nafsu melampaui akal. Tak dinafikan saya juga remaja sama seperti yang ada dekat luar sana, cuma yang membezakan hanyalah prinsip dan corak pemikiran. Kalau remaja yang ada dekat luar sana mampu untuk berubah dan berfikir ke arah yang positif kemungkinan besar meraka mampu untuk menjadi pendokong wawasan untuk bangsa dan negara yang lebih berkualiti.
Namun , sikap semacam itu susah untuk menonjol dalam diri remaja kerana pemikiran mereka sekarang sudah di luar kawalan akal dan 'diprogram' dengan budaya Barat yang cenderung ke arah negatif. Memang tak dinafikan budaya Barat juga ada sikap positif namun remaja kita telah mengambil contoh dari budaya Barat dengan peratus 98% untuk dijadikan sebagai amalan hidup. Di dalam 98% itu adalah terdapat pelbagai sikap, sifat, dan cara pemikiran Barat yang positif dan negatif. Oleh sebab itu peranan ibu bapa dalam aspek ini amat diperlukan 100% kerana untuk kepentingan anak-anak mereka.
Cukup setakat ini sahaja, apa yang ditulis di blog ini untuk di sampaikan kepada semua dan dijadikan sebagai satu pemdorong untuk berubah ke arah yang lebih positif . Sekian, wasalam .
p/s : mak saya selalu cakap macam ni "biar kurang makan jangan kurang ajar,biar buruk rupa jangan buruk perangai"


No comments:
Post a Comment