Harini sebenarnya entry rojak ler , okay masa nak hantar abang ni tadi kita orang sempat pergi lunch dulu dalam pukul 1 macam tu dekat sebuah medan selera yang berdekatan dengan hostel si abang ni . Sebab warden hostel cakap pukul 2 dah nak kena kumpul balik kat hostel tu . So kami (satu family) pun pergi ler cari makanan untuk di isi dalam perut ni . Kami pergi cari gerai yang macam layan diri tu kan , so bila semua dah ambik makanan masing-masing kami pun pergi ler cari tempat yang sesuai . Bila dah duduk memang nak makan ler kan tapi . . . (bukan proses hadam tp suspen) Okay skip takat ni dulu .
Ehhem , perkara ni selalu terjadi bila kepada sesiapa saja yang makan kat luar iaitu doa makan . Betul tak apa yang saya cakapkan ni , kebanyakkan orang yang makan dekat luat dorang selalu lupa or buat-buat lupa nak baca doa makan cuma baca bismillah saja . Sebabnya hanya satu iaitu malu , kan kan ? Haiyo tak paham ler kan bila buat benda baik semua nak malu tapi bila nak buat benda yang bukan-bukan tak payah suruh beb siap terus .
So , kat sini cuma nak bagi satu nasihat supaya bila makan kat luar tu banyak-banyak ler baca doa makan . Kadang-kadang dekat luar ni kita tak tau niat orang mungkin dema nak hantar santau ke , sihir itu ke , sihir ini ke . Tapi dengan doa makan mungkin dapat selamatkan kita dari perkara-perkara sebegini dengan izin Allah S.W.T
p/s : Maaf entry ni agak "rojak" sedikit , sikit je okay .
Dia ni ler abang cek yang no 6 .
Jaga diri elok-elok di tempat orang .

No comments:
Post a Comment