"Encik , berikanlah saya sedikit wang untuk membeli makanan . Sudah seminggu saya tidak makan encik ."
kata pemuda itu dengan lemah .
"Wah ! mudah sungguh cara engkau ya , hendak membeli makan dengan cara meminta wang daripada orang" kata orang tua sambil membuat muka bengis .
"Tapi encik saya tiada wang untuk membeli makanan" pemuda membalas . Orang tua memandang dan berkata "Kalau sudah tiada wang kerjalah , badan masih kuat masih muda" dan tambah orang tua "lihat aku ini walaupun sudah tua tetapi masih kuat untuk bekerja dan mencari wang"
Pemuda terus menumbuk perut orang tua itu lalu terduduk orang tua itu sambil mengerang kesakitan kerana ditumbuk .
Pemuda berkata "Encik tidaklah seperti seorang yang kuat yang diperkatakan tadi kerana encik sudah terduduk dan mengerang kesakitan akibat di tumbuk oleh saya yang lemah , yang sudah seminggu tidak makan"
Orang tua membalas "Memang aku merasakan kesakitan ditumbuk kerana aku sudah tua" . Pemuda berkata "Jikalau sudah merasakan diri itu tua , berhentilah dari melakukan maksiat dan segera bertaubat selagi malaikat maut belum menjemput" . Pemuda terus berlalu pergi dengan keadaan yang lemah dan tidak berdaya itu .


No comments:
Post a Comment