Thursday, December 29, 2011

Tanda-tanda bakal putus cinta .



1. Pasangan akan akan selalu menyebelahi orang lain dari kita seperti kawan mereka .

2. Pasangan akan akan cuba mengelak dari menjawab pertanyaan yang melibatkan perasaan dalam sebuah hubungan .

3. Pasangan kerap kali akan memberi alasan bila lambat membalas mesej yang dihantar oleh kita seperti "saya tak perasan mesej awak masuk" .

4. Hubungan akan lebih banyak perselisihan faham yang serius yang membabitkan perasaan , orang ketiga dan perkara-perkara yang terdahulu .

5. Pasangan suka membeza-bezakan kita dengan pasangan orang lain .

6. Pasangan akan kerap meninggikan suara apabila kita cuba untuk menasihati dirinya .

7. Pasangan lebih kerap bersama dengan rakan-rakannya yang lain .

9. Pasangan anda akan sering bercerita tentang ketampanan( lelaki ) , kecantikan( perempuan ) dan keplastikan( pondan ) orang lain . 

10. Anda akan mula rasa tidak percaya dengan entry ini apabila membaca pada ayat yang no.8 dan berkata "betul ke ni ? macam main-main je"

11. Anda terus mencari ayat yang no.8 setelah apa yang diperkatakan sebelum ini .

12. Tetapi anda tidak menemukan ayat yang no.8 kerana memang tiada ayat yang no.8 , lalu saya mengatakan anda terlalu serius apabila membaca entry sebegini yang ada dimana saja pada blog-blog yang lain tetapi tidak pada blog ini . Sekian .

p/s : Ini hanyalah untuk bercanda sahaja . Harap maafkan saya :-)

No comments:

Post a Comment