Thursday, December 29, 2011

"Teman" Sehidup Semati .


Tahu tak kenapa seseorang itu menghisap rokok ? Di sini segalanya akan terungkai . . .

1. Perokok menyatakan mereka adalah orang yang berani dan gagah kerana tidak takut akan bahaya merokok . Tetapi hakikat yang sebenarnya , perokok adalah individu yang paling takut kerana mereka adalah individu yang takut menerima hakikat bahawa merokok itu membahayakan . Perokok juga adalah individu yang lemah kerana tidak mahu menempuh kehidupan akan datang . Sebab itu mereka memilih rokok , supaya mereka cepat mati .

2. Perokok merasakan diri mereka adalah penyumbang kepada ekonomi negara . Tetapi kajian telah membuktikan bahawa merokok mampu mencemarkan bumi atau dalam bahasa kasarnya menjahanamkan bumi .

3. Perokok merasakan bahawa aktiviti merokok ini mampu menghilangkan stress . Menurut pemerhatian yang dijalankan , keputusan merekodkan bahawa seseorang yang menghidu asap rokok akan lebih mudah mendapat penyakit . Merokok memang bukan salah satu cara satu untuk  menghilangkan stress tetapi menghilangkan nyawa .

4. Perokok mengatakan merokok dapat mengembalikan tenaga setelah melakukan aktiviti seharian . Kajian menyatakan bahawa bersenam adalah perkara utama dalam kesihatan tubuh badan . Dimanakah kajian yang menyatakan bahawa merokok mampu mengembalikan tenaga ?

5. Perokok-perokok menyatakan bahawa merokok adalah tanda seseorang telah mencapai usia matang . Tetapi melalui pemerhatian saya sendiri , perokok adalah individu yang tidak mampu berfikir secara rasional kerana mereka masih merokok walaupun telah maklum akan bahayanya . Adakah ini cara pemikiran seseorang yang matang ?

6. Perokok menyatakan bahawa setiap sedutan daripada rokok itu adalah satu nikmat . Tetapi pelbagai kajian telah menyatakan bahawa setiap sedutan dari rokok adalah mengandungi pelbagai kandungan  merbahaya yang mampu merosakkan organ dalaman . Dimanakah terletaknya nikmat pada setiap sedutan daripada sebatang rokok ?

7. Perokok merasakan bahawa merokok hanya membahayakan diri mereka sahaja . Tahukah anda wahai perokok , setiap sedutan hanya membahaya pada diri anda sahaja tetapi setiap hembusan adalah membahayakan setiap orang disekeliling anda . Bayangkan jika terdapat 10 orang disekeliling anda , anda mampu membunuh 10 orang dalam diam . Ini membuktikan lagi bahawa perokok adalah seorang pembunuh yang pengecut .

8. Perokok menyatakkan bahawa setiap perkara di dunia pasti ada hikmahnya begitu juga dengan merokok . Perokok mencemarkan bumi , memberi penyakit kepada orang sekeliling , individu pengecut , tidak matang dan pembunuh . Dimanakah hikmahnya ? Hikmahnya hanya satu apabila anda sudah mati anda akan dikebumikan dan pada masa itu mayat anda akan menjadi santapan buat ulat-ulat tanah . Tetapi kenapa anda tidak mahu ditanam hidup-hidup , bukankah lebih cepat proses memberi makanan kepada ulat-ulat tanah ?

9. Terakhir sekali , perokok adalah individu yang kaya sebab itu mereka membeli rokok . Jika benar perokok adalah orang yang kaya kenapa perlu membeli rokok , kenapa tidak dibakarkan saja duit apabila ingin menghisap rokok ? Bukankah lebih mudah dan tidak membuang masa .

No comments:

Post a Comment