Okay cukup lar tu intro dia , sebenarnya apa yang nak dijadikan bahan kat sini ialah kenapa perkataan babi boleh dikategorikan sebagai mencarut dan adalah satu perkataan mencarut yang paling "berbisa" bila didengar . Padahal perkataan babi itu hanyalah nama khas untuk seekor binatang . Sebab-sebab perkataan babi adalah satu perkataan yang cukup sensitif dalam masyarakat kerana apabila menggunakan perkataan ini kepada seseorang bermaksud menyamakan seseorang seperti binatang yang bernama babi . Rasa tidak perlu untuk diceritakan lagi macam mana babi itu , rata-rata masyarakat tidak suka sifat yang ada pada babi . Sebab itu ramai yang tidak menggemari apabila dibahasakan sebagai babi .
Perkataan bodoh , semestinya sudah sinonim dengan masyarakat dan perkataan ini merujuk kepada satu sifat manusia yang tidak mengetahui apa-apa di dalam bahasa kasar . Perkataan ini kerap digunakan dalam masyarakat dan menjadi satu perkataan yang "wajib" didengar apabila memaki hamun . Perkataan ini adalah agak baik dari perkataan babi kerana perkataan ini dirujuk dari sifat manusia dan bukan binatang .
Sebab itu masyarakat menjadi cukup sensitif apabila menggunakan perkataan babi sebagai satu bahasa panggilan kepada seseorang . Perkataan ini boleh dikategorikan cukup hina dalam masyarakat kerana perkataan ini dirujuk dari seekor binatang .
Sekian saja sampai disini , mungkin pada entry yang selanjutnya saya akan menulis tentang perkataan "special" yang lain .
p/s : apabila sudah tiada idea ini yang akan berlaku .

Teringat belajar di form 3..
ReplyDeleteBila Rindu ingat www.pengeRindu.com