Friday, December 30, 2011

Tahun Baru Azam Baru katanya . . .



Okay semua , sekarang ni dah bertarikh 31/12/11 dan tak lama lagi kita semua akan membuka buku baru dalam kehidupan iaitu kita semua akan melonjak ke tahun 2012 *saya SPM* . Bila dah masuk tahun baru semua orang akan sibuk bercerita tentang azam tak kira tua , muda , miskin , kaya sama sahaja *dah rupa lagu raya* . Tetapi kenapa bila kita hendak terapkan azam baru dalam diri akan bermula pada kalendar masihi , kenapa tak dalam kalendar Islam bukan ke lagi berkat , mungkin azam akan lebih mudah tercapai tambah-tambah lagi bagi orang Islam .

Tapi itu semua tak kisah ler janji ada azam , tapi sekarang ni yang menjadi topik sensasi entry kali ni ialah kenapa perspektif masyarakat terhadap azam ini hanyalah diibaratkan sebagai satu perkataan . Cuba kita semua lihat , setiap tahun orang akan sibuk bercerita pasal azam ini lar azam itu lar tapi hanya segelintir sahaja yang betul lurus dalam untuk mencapai azam dia , tidak seratus peratus orang yang bercerita tentang azam baru akan cuba untuk mencapai azamnya kerana mereka menganggap azam itu hanyalah perkataan .

Bagi pendapat saya azam itu adalah satu keinginan kita dan adalah satu minat kita yang mendalam terhadap sesuatu perkara yang sentiasa kita fikirkan dan sebab itu perkara tersebut akan menjadi satu ucapan yang pertama apabila orang-orang menanyakan tentang azam baru . So , kenapa kita semua tak capaikan azam seperti satu keinginan yang mendalam contohnya macam bila kita hendak makan , makan adalah satu keinginan dan kita akan cuba untuk mendapatkan makanan kenapa tidak azam , kenapa kita tidak cuba untuk mencapainya .

Mungkin ramai yang kurang bersetuju dengan pendapat ini tetapi azam ini telah menjadi sesuatu kebiasaan maka perlu diberikan keutamaan pada perkara ini juga , kerana hidup yang tanpa azam dan matlamat akan membawa kepada kemunduran sesebuah bangsa . Okay cuba kita contohkan zaman jahiliah dahulu mereka tidak pernah ada azam untuk berubah dan memeluk Islam padahal sudah tahu akan kebaikannya alih-alih mereka dijatuhkan bala yang amat dahsyat dari Allah s.w.t , begitu juga dengan sekarang jika sesebuah bangsa tidak mencapai setiap azam yang mereka ucapkan maka bangsa itu akan makin mundur , mundur boleh dikatakan sebagai satu bala tetapi tidaklah secara sekaligus tetapi secara perlahan dan tidak sedar . Bayangkan jikalau sesebuah bangsa terus dengan sikap sambil lewa dalam mencapai azam .

Saya rasa cukup disini saya mengeluarkan pendapat , setiap yang saya sampaikan bukanlah untuk para pembaca sahaja tetapi juga pada diri saya sendiri kerana daripada apa yang saya sampaikan sedikit sebanyak ada manfaatnya . Wasalam

p/s : turunkan komen jika sudi kerana saya masih "mengaji"

No comments:

Post a Comment