Bismillahirrahmanirrahim.. Assalammualaikum.
Alhamdulillah bersyukur dengan limpah kurniaan Allah SWT pada hari ini 22 Safar 1434 Hijrah bersamaan dengan 5 Januari 2013 Masihi saya masih dipanjangkan hayat. Cuaca hari ini cukup indah dan mendamaikan, rahmat Allah SWT turun mencurah membasahi muka bumi. Sekali lagi saya bersyukur dengan rahmat Allah SWT itu. Alhamdulillah.
Cukup disitu sahaja pembuka bicara untuk entri kali ini. Setelah sekian lama saya tak post entri yang baru terasa rindu yang menebal untuk menulis di blog ini. Maklum saya dah habis menduduki SPM, alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.
Okay sebenarnya hari ini nak bercerita sedikit atau lebih kepada berdakwah. Mungkin. Kuasa Allah SWT itu tiada tandingannya dan segala yang berlaku adalah ketentuannya. Ditentukan oleh Qada dan Qadar Allah SWT suatu hari itu saya rasa diri ini cukup kecewa, tak boleh nak digambarkan kekecewaan yang berlaku dekat diri. Kekecewaan itu berpunca dari perkara yang sia sia yang tak mendatangkan kebaikan pada diri sendiri. Tapi disebabkan keinginan dan nafsu yang tinggi kepada perkara yang sia sia itu, akhirnya saya sanggup menerima apa saja yang bakal berlaku dan apa yang saya katakan tadi. Kekecewaan yang saya dapat.
Bila diri dah terlalu kecewa segalanya berubah. Keadaan diri, kehidupan, pemikiran dan hati. Tak ada tempat untuk mengadu, dalam erti kata yang lain tak ada orang yang sesuai untuk menceritakan kekecewaan itu. Online Twitter dan luahkan apa yang terasa dekat situ macam orang dah tak ada halatuju dalam hidup.
Dengan izin dan kudrat Allah SWT tiba tiba terbaca tweet dari seseorang. Tweetnya yang telah di retweet oleh salah seorang Following saya. Tweetnya yang berunsur dakwah itu menyedarkan saya bahawa Allah SWT itu sentiasa ada untuk hamba-hambaNya, hanya Dia yang sesuai untuk kita mengadukan sesuatu hal. Memang saya akui bahawa selama ini saya selalu mengabaikan tanggungjawab saya sebagai hambaNya. Abaikan solat lima waktu, membuat perkara yang lagha(sia-sia), membantah cakap ibu bapa dan macam macam lagilah.
Baru sedar dalam keadaan macam itu baru ada hati nak ingat, nak cari Allah. Malu dan rasa serba salah menular dalam diri. Namun kita semua tahukan yang Allah SWT akan sentiasa ada untuk hambaNya tak kira susah mahupun senang dan tak kira sama ada kita tak banyak dosa mahupun banyak dosa. Apa yang penting kita perlu ingat kepada Dia.
![]() |
Masjidil Haram. Teringin rasa hati ini nak jejakkan kaki kesana. |
Terus saya terdetik "kalau aku pergi masjid, mungkin aku dapat ketenangan dekat sana". Saya terus siap bersihkan diri, ambil wuduk, pakai pakaian yang bersih, wangi-wangian dan terus bergerak ke masjid untuk sama-sama berjemaah melakukan solat Maghrib. Sesaat kaki melangkah masuk ke rumah Allah SWT itu, masalah dan kekecewaan yang ada dalam diri lenyap. Terasa ketenangan di rumah Allah SWT itu menyerap masuk ke dalam diri. Saya berniat iktikaf dan melakukan solat sunat Tahiyatul Masjid. Selesai melakukan solat sunat saya terus menerus berzikir dan mengadu hal apa yang saya hadapi sehingga azan Maghrib berkumandang.
Begitulah kisah yang saya ingin kongsikan. Syukur alhamdulillah sejak dari kejadian itu, sikap saya sedikit demi sedikit berubah. Diri saya semakin rindu untuk beribadah di rumah Allah. Saya cuba mencari ilmu bagi menampung kekurangan dalam diri saya. Saudara-saudara dan saudari-saudari saya, ingatlah bahawa Allah SWT sentiasa ada untuk kita. Sehina dan seteruk mana pun kita kalau kita ada keinginan untuk berubah insha Allah akan diberi jalan. Wallahualam. Assalammualaikum.
Tambahan :- Perkongsian
Niat solat Sunat Tahiyyatul Masjid
Ussolli sunnata tahiyyatul masjidi rak'ataini lillahi taala
Maksud : Sahaja aku solat sunat Tahiyyatul Masjid dua rakaat kerana Allah Taala.
Niat Iktikaf
Nawaitul iktikafiihazalmasjidi sunnatan lillahi taala
Maksud : Aku beriktikaf di dalam masjid sunat kerana Allah Taala.
** Remaja yang beribadah semata mata kerana Allah SWT akan mendapat syafaat dari Allah SWT di akhirat kelak.
* Saya menulis entri ini tidak ada niat untuk menceritakan kebaikan diri, tapi sebaliknya satu perkongsian terutama golongan remaja. Maafkan kesilapan saya di dalam entri ini. Sesungguhnya saya hanya manusia.


No comments:
Post a Comment